Contoh Surat Rayuan Yang Mudah dan Ringkas

Surat rayuan biasanya digunakan untuk membuat permohonan buat kali kedua. Selalunya rayuan dilakukan setelah mendapat penolakan dari pihak tertentu. Terdapat beberapa jenis surat rayuan yang kerap digunakan untuk membuat permohanan seperti rayuan memohon kursus, rayuan memohon program, rayuan memohon biasiswa, rayuan memohon pekerjaan, rayuan pertukaran guru, rayuan mengurangkan bayaran dan banyak lagi. Oleh itu beberapa contoh surat rayuan telah kami sediakan di bawah sebagai panduan.

Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Permohonan Kerja

Tips dalam menulis surat rayuan:
  • Tulis menggunakan format surat kiriman rasmi.
  • Direct to the point , jangan berbunga-bunga
  • Nyatakan bukti kukuh
  • Sertakan dokumen sokongan yang boleh membantu rayuan.

Contoh Surat Rayuan 1

Contoh surat pertama ini adalah berkenaan rayuan permohonan tawaran program pengajian siswazah.
contoh surat rayuan

Contoh Surat Rayuan 2

Contoh surat kedua pula adalah berkenaan rayuan bagi kemasukan ke MRSM
contoh surat rayuan

Contoh Surat Rayuan 3

Contoh surat ketiga pula adalah rayuan bagi memohon bantuan untuk pembinaan jambatan.
contoh surat rayuan

Contoh Surat Rayuan 4

Contoh surat keempat ini pula adalah rayuan bagi memohon kelulusan pertukaran sekolah.

Nama
Nama sekolah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama ketua sektor
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Negeri.                                                                                                                                        Tarikh

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN KELULUSAN PERTUKARAN KE PPD xyz

Merujuk perkara di atas, saya nama, guru di SMK xyz ingin membuat rayuan agar pihak tuan meluluskan permohonan pertukaran ke PPD xyz. Saya telah menghantar borang permohonan melalui e-G Tukar baru-baru ini.

2.  Antara sebab saya perlu bertukar ke PPD xyz ialah kerana sudah ____ tahun berkhidmat di sini. Selama ___tahun jugalah saya berulang-alik dari ________setiap bulan seorang diri bersabung nyawa di jalan raya melaui perjalanan sejauh ___km. Kos berulang-alik yang tinggi menyebabkan saya sering kesempitan wang. Saya juga merancang untuk membina rumah di sana sebagai tempat tinggal ibu dan bapa saya yang sudah uzur sebagai melunaskan tanggungjawab saya sebagai anak yang sulung.

3.  Faktor lain saya mahu berpindah ke PPD ______ialah saya belum ________. Saya benar-benar mahukan pengertian dan belas kasihan dari pihak tuan.

4.  Saya juga sangat bimbang dengan keselamatan saya yang duduk di sini tanpa saudara mara. Rumah saya telah dipecah masuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab pada ________. Pada hari kejadian, hanya bilik saya yang diselerakkan. Rasa fobia dan tidak selamat sering menyelubungi saya, lebih-lebih lagi saya belum __________________. Kebimbangan saya tiada penghujungnya kerana kejadian pecah rumah kerap berlaku berlaku di kejiranan saya diami. Malah ketika surat ini ditulis, satu lagi kejadian sama berlaku di sini beberapa hari lepas. Saya merasa sungguh terancam keselamatan diri dan harta benda. Saya ada lampirkan salinan laporan polis untuk rujukan pihak tuan.

5. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil perhatian dan mempertimbangkan rayuan saya ini. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat saya hargai.

Yang Benar

………………………………..
(nama)
Guru Siswazah DG41
SMK xyz.

Klik Di Sini Untuk Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Contoh-contoh surat rayuan ini boleh diubahsuai mengikut keperluan dan alasan anda. Nyatakan juga alasan anda yang tersendiri, beserta salinan dokumen yang boleh menyokong lagi permohonan rayuan pertukaran anda. Semoga rakan-rakan dipermudahkan segala urusan olehNya. InshaAllah jika dah sampai rezeki yang ditetapkan, maka ada lah rezeki kita. Banyakkan berusaha, Banyakkan berdoa.. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Jemputan Penceramah