Posts

Showing posts from October, 2017

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah : Panduan Format dan Penulisan

Image
Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Sebagai ibu-bapa pastinya kita mengambil berat tentang rekod anak di sekolah. Memang lumrah sebagai pelajar sekolah selalu saja ada masalah di saat-saat akhir. Kadang kala cuti sekolah tanpa sebab dan mengejut dengan sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bermacam-macam alasan yang diberi dari pelajar kepada guru seperti alasan kemalangan jalan raya, saudara terdekat meninggal, urusan keluarga ibu-bapa, demam teruk atau alasan paling kerapa adalah sakit perut. Disebabkan perkara ini pelajar atau ibu-bapa perlu memberikan bukti dan alasan yang kukuh kepada guru sekolah melalui surat tidak hadir ke sekolah. Surat tidak hadir ke sekolah ini sangat penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah pelajar baik dan tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah. Ini adalah artikel terbaru tentang contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah tahun ini. Semoga menjadi panduan terbaik untuk menghasilkan surat rasmi tidak hadir ke sekolah. Berikut dis

Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Image
Memohon perkerjaan didalam sektor swasta dan kerajaan memerlukan semangat yang kental berikutan persaingan yang tinggi pada masa kini,walaupun anda pemegang ijazah tertinggi didalam jurusan anda itu belum pasti anda dapat memiliki jawatan yang diinginkan tanpa sebarang usaha. Perkerjaan tidak mungkin mencari anda tetapi sebaliknya, sebagai individu yang berpengetahuan anda haruslah mempelbagaikan ikhtiar untuk mendapatkan perkerjaan yang diingini. Contoh Surat Permohonan Kerja berikut boleh membantu anda sebagai panduan untuk menempatkan diri anda berdasarkan perkerjaan yang diingini. Klik Di Sini Untuk Surat Tidak Hadir Ke Sekolah CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA 1 Pengarah, Sumber Manusia Jabatan Kesihatan Daerah Daerah Kuala Berang 25600, Kuala Berang, Terengganu                                                                                                    20 Januari 2015 Tuan/Puan, PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA  Perkara di atas dirujuk

Contoh Surat Rayuan Yang Mudah dan Ringkas

Image
Surat rayuan biasanya digunakan untuk membuat permohonan buat kali kedua. Selalunya rayuan dilakukan setelah mendapat penolakan dari pihak tertentu. Terdapat beberapa jenis surat rayuan yang kerap digunakan untuk membuat permohanan seperti rayuan memohon kursus, rayuan memohon program, rayuan memohon biasiswa, rayuan memohon pekerjaan, rayuan pertukaran guru, rayuan mengurangkan bayaran dan banyak lagi. Oleh itu beberapa contoh surat rayuan telah kami sediakan di bawah sebagai panduan. Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Permohonan Kerja Tips dalam menulis surat rayuan: Tulis menggunakan format surat kiriman rasmi. Direct to the point , jangan berbunga-bunga Nyatakan bukti kukuh Sertakan dokumen sokongan yang boleh membantu rayuan. Contoh Surat Rayuan 1 Contoh surat pertama ini adalah berkenaan rayuan permohonan tawaran program pengajian siswazah. Contoh Surat Rayuan 2 Contoh surat kedua pula adalah berkenaan rayuan bagi kemasukan ke MRSM Contoh Surat Rayuan 3 Cont

Contoh Surat Rasmi : Format & Template Terkini

Image
Contoh Surat Rasmi Terkini Kegunaan surat rasmi untuk pelbagai tujuan, umum mengetahui ia adalah surat yang mempunyai format dan garisan yang perlu diikuti untuk memastikan tujuannya tercapai. Ramai menggunakannya sebagai medium untuk menyampaikan hasrat dan isu yang harus diselesaikan atau pertanyaan mahupun permintaan. Selain itu,surat rasmi berperanan sebagai format rasmi sebagai arahan yang jelas. Contoh surat rasmi adalah seperti dibawah: Klik Di Sini Untuk Surat Rasmi _______________________________________________________________________________ Faezah Binti Yaakob Kg padang peliang 06500 serdang Johor Bahru 17 Oktober 2015 YB Cheng Lock Kg Dulang Serpih 54200 pulang jaya Johor Bahru Tuan, Per: Memohon Agar Projek Korek Pasir Haram Dihentikan Seperti yang tertera,saya wakil dari Kg padang peliang ingin memohon kerjasama tuan Yb untuk menghentikan projek korek pasir yang berlaku di kampung kami. 2. Adalah menjadi keresahan kami sebagai penduduk – dim

Surat Rasmi : Panduan Format dan Penulisan

Image
Surat Rasmi  merupakan surat bersifat formal dan ditulis untuk kepentingan umum. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang sangat berbeza dengan format kiriman tidak rasmi. Dalam menulis surat kiriman rasmi, penulis perlu sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Format surat kiriman rasmi perlu diikut dengan betul dan tepat. Pelajar yang memilih menjawab soalan surat kiriman rasmi dalam peperiksaan peluang untuk hilang markah tinggi sekiranya tidak mahir dengan format tetapi mudah mendapat markah sekiranya pelajar mahir dengan format. Klik Disini Untuk Contoh Surat Rasmi Siapa Perlu Tahu Tentang Format Surat  Kebiasaanya surat kiriman rasmi dihantar bagi urusan rasmi dalam pelbagai bidang. Tidak kira siapa anda, sebenarnya semua orang perlu ambil tahu dan cakna tentang cara penulisan dan format surat rasmi yang tepat. Contohnya, jika di sekolah murid-murid akan di ajar penulisan format surat rasmi kerana ianya merupakan salah sa

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Image
Contoh Surat Berhenti Kerja Apabila keputusan untuk berhenti kerja telah diputuskan, anda diwajibkan untuk memberitahu pihak majikan secara formal dengan menghantar surat berhenti kerja. Ianya termaktub dalam surat perjanjian tawaran kerja dimana anda perlu memaklumkan atau memberi notis kepada pihak majikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh majikan anda. Berikut akan disertakan contoh surat berhenti kerja sebagai panduan anda. Ramai yang ingin berhenti kerja tetapi tidak tahu cara untuk menulis surat berhenti kerja dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Ada juga yang tidak pernah ingin tahu cara untuk menulis surat rasmi berhenti kerja. Pada masa memerlukan untuk menulis surat 'resign' barulah meminta tolong dari kawan-kawan. Klik Di Sini Untuk Surat Rasmi Sebenarnya untuk menulis surat perletakan jawatan atau berhenti kerja ini adalah sungguh mudah dan cepat. Hanya mengikuti beberapa format penulisan surat anda mampu menulis sendiri surat rasmi berhen