Contoh Surat Rasmi : Format & Template Terkini

Contoh Surat Rasmi Terkini

Kegunaan surat rasmi untuk pelbagai tujuan, umum mengetahui ia adalah surat yang mempunyai format dan garisan yang perlu diikuti untuk memastikan tujuannya tercapai. Ramai menggunakannya sebagai medium untuk menyampaikan hasrat dan isu yang harus diselesaikan atau pertanyaan mahupun permintaan. Selain itu,surat rasmi berperanan sebagai format rasmi sebagai arahan yang jelas. Contoh surat rasmi adalah seperti dibawah:

contoh surat rasmi

Klik Di Sini Untuk Surat Rasmi
_______________________________________________________________________________

Faezah Binti Yaakob
Kg padang peliang
06500 serdang
Johor Bahru

17 Oktober 2015

YB Cheng Lock
Kg Dulang Serpih
54200 pulang jaya
Johor Bahru


Tuan,

Per: Memohon Agar Projek Korek Pasir Haram Dihentikan

Seperti yang tertera,saya wakil dari Kg padang peliang ingin memohon kerjasama tuan Yb untuk menghentikan projek korek pasir yang berlaku di kampung kami.

2. Adalah menjadi keresahan kami sebagai penduduk – dimana projek ini dijalankan tanpa permit yang sah. Tambahan pula,lori dan jentera berat yang kerap memasuki di jalan tar kawasan kampung telah mengakibatkan kerosakan serius kepada jalan tar tersebut.

3. Sehubungan itu,kami ingin meminta kerjasama tuan untuk membanteras kegiatan ini hingga ke akar umbi. Sebagai penduduk kampung dan juga ibu – saya seringkali risau akan keselamatan anak-anak kerana kehadiran jentera berat dijalanan kampung amat membahayakan nyawa orang lain termasuk keluarga saya.

Adalah menjadi harapan kami – dengan bantuan tuan yb masuk campur ,kejadian seumpama ini tidak akan terjadi lagi dan projek haram korek pasir ini dihentikan segera.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar

……………….

Faezah Binti Yaakob

______________________________________________________________________________

Meskipun di atas adalah contoh surat rasmi untuk rujukan, tetapi berkemungkinan ada di antara anda yang menginginkan sesuatu yang lebih spesifik mengikut keperluan anda. Di bawah juga adalah satu lagi contoh format surat rasmi dan anda boleh menggunakan format ini sebagai panduan atau kerangka utama untuk menulis surat rasmi dengan betul. Sila rujuk infografik ini sebagai panduan :


contoh surat rasmi


Sesetengah organisasi mungkin mempunyai formatnya yang tersendiri dan telah menetapkan standard untuk beberapa perkara, termasuklah jenis & saiz “font” yang digunapakai. Di dalam situasi sebegini, anda bolehlah menggunakan surat-surat lama yang dikeluarkan oleh organisasi anda sebagai panduan.

Kini setelah anda memahami konsep dan format surat rasmi yang betul, anda bolehlah mula menulis!

Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Berhenti Kerja

**eGumis - Cara dapatkan wang yang tak dituntut**

Sumber: servismenulis.com, aliff.co

Comments

  1. Ini contoh surat yang sangat baik. Terimakasih artikelnya. Golife

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat bermanfaat, saya sangat terbantu dengan penjelasan blog ini. siopung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Rayuan Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Jemputan Penceramah