Contoh Surat Berhenti Kerja atau Resign Paling Ringkas dan Mudah

Contoh Surat Berhenti Kerja atau Resign Paling Ringkas dan Mudah | Langit tidak selalu cerah adakala mendung, begitu juga dalam perkerjaan. Ada sebab tertentu anda perlu berhenti kerja dan kali ini admin kongsikan cara buat surat berhenti kerja mat saleh cakap Resignation Later. Admin akan kongsikan beberapa contoh surat berhenti kerja yang anda boleh tiru format atau buat rujukan. Perkongsian contoh surat rasmi notis berhenti kerja (resignation letter) adalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris yang merangkumi notis perletakan jawatan samada 24 jam ataupun sebulan dan sebagainya. Bergantung pada situasi anda. 



Contoh Surat Berhenti Kerja atau Resign Paling Ringkas dan Mudah

Dibawah ini ada beberapa contoh untuk rujukan anda, semoga bermanfaat dan membantu.

Contoh Pertama


NEELOFA BINTI PA
F-1-23, PANGSAPURI PUTRA,
43300, SERI KEMBANGAN,
SELANGOR DARUL IHSAN
JUAL UBAT KETIAK SDN BHD,
LOT PLO 88, JLN MENTARI HILANG,
57000, SUNGAI BESI
KUALA LUMPUR
25 DISEMBER 2019
Tuan,
PERKARA : NOTIS BERHENTI KERJA
Merujuk kepada perkara di atas, saya Neelofa Binti Pa, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat bermula 29 hb Januari 2020.
2. Saya berbuat demikian kerana ingin fokus kepada kerjaya sebagai pengacara dan model.
3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
……………………………………………
(NEELOFA BINTI PA)
NO K./: …………………………
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh Kedua
Malas bin Penat,
Akaun Eksekutif ,
PAP Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
General Manager,
PAP Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.                                                                11 APRIL 2019
Tuan,
PERLETAKAN JAWATAN 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.    Saya Malas Bin Penat bertugas sebagai Eksekutif Akaun di PAP Hotel ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang notis perletakan jawatan saya selama sebulan bermula 11 Mei 2019.
3..     Untuk makluman pihak tuan, perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
4.    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak tuan.
5.    Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya dan segala kerjasama di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
……………………….
(SITI BINTI ROSLI)
Eksekutif Akaun,
PAP Hotel
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CONTOH RESIGNATION LETTER DALAM ENGLISH

TO : Mr.
DATE : Date
SUBJECT: Resignation
Dear Mr. …………..,This is to formally notify you that I am resigning from (company name) as (title).
My last day of work will be (Date), which should allow me plenty of time to finish ongoing projects and to turn over the position to my replacement. Please feel free to contact me at any time should you have any questions regarding my past work. I hope that the transition will go smoothly for everyone.
My experience with (company name) has been very rewarding. I appreciate having had the opportunity to work for such a fine company. I wish you and the organization continued success.
Sincerely,
(Your signature)
(Your name)
Semoga artikel dan contoh surat berhenti kerja atau berhenti kerja dalam masa 24jam dapat memberi rujukan yang baik untuk anda, pesan admin " Masuk kerja dengan cara baik, berhenti pun dengan cara baik" jika boleh. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Rayuan Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Jemputan Penceramah