Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Memohon perkerjaan didalam sektor swasta dan kerajaan memerlukan semangat yang kental berikutan persaingan yang tinggi pada masa kini,walaupun anda pemegang ijazah tertinggi didalam jurusan anda itu belum pasti anda dapat memiliki jawatan yang diinginkan tanpa sebarang usaha. Perkerjaan tidak mungkin mencari anda tetapi sebaliknya, sebagai individu yang berpengetahuan anda haruslah mempelbagaikan ikhtiar untuk mendapatkan perkerjaan yang diingini. Contoh Surat Permohonan Kerja berikut boleh membantu anda sebagai panduan untuk menempatkan diri anda berdasarkan perkerjaan yang diingini.

Klik Di Sini Untuk Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

contoh surat permohonan kerja


CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA 1

Pengarah, Sumber Manusia
Jabatan Kesihatan Daerah
Daerah Kuala Berang 25600,
Kuala Berang,
Terengganu                                                                                                    20 Januari 2015

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA 

Perkara di atas dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2014.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar.


........................................
SALMIAH BINTI AHMAD


CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA 2

Marina Binti Malek
No. 22279, Perumahan Rakyat,
Kampung Paya Baru,
71000, Port Dickson,
Negeri Sembilan

__________________________________________________________________________

Penolong Pengarah Perjawatan
Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia
No. 2&4, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara,
Bukit Damansara,
50490, Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PEJABAT

Merujuk perkara di atas, saya Marina Binti Malek (83.............66) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Pejabat di organisasi Tuan/Puan sepertimana yang telah di iklankan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dalam sebuah akhbar tempatan.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, saya memegang jawatan sebagai Pembantu Pejabat dan Juru Kira di Kimia Enterprise Port Dickson. Saya juga mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pentadbiran pejabat. Jawatan ini merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk mencari dan memohon jawatan secara tetap di organisasi Tuan/Puan.

3. Saya juga mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer dan mahir dalam membuat surat menyurat. Saya juga merupakan seorang individu yang sentiasa berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang saya ceburi.

4. Pengalaman saya dalam bidang pengkeranian ini telah banyak mengajar saya bagaimana untuk bekerja lebih efisyen dan efektif serta membantu saya membina hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

5. Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan, saya juga menyertakan butiran peribadi yang lebih terperinci serta lamipran sijil-sijil yang telah disahkan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya juga memohon agar Tuan/Puan menghubungi saya di talian 017-2.......8 bagi mendapat tahu prospek dan peluang saya untuk berkerja di salah sebuah organisasi kebajikan yang sangat prihatin kepada masyarakat.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Tuan/Puan. Keprihatinan Tuan/Puan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar.
......................................
( MARINA BINTI MALEK )

Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Rayuan

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Rayuan Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Jemputan Penceramah