Surat Rasmi merupakan surat bersifat formal dan ditulis untuk kepentingan umum. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang sangat berbeza dengan format kiriman tidak rasmi.
Dalam menulis surat kiriman rasmi, penulis perlu sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Format surat kiriman rasmi perlu diikut dengan betul dan tepat. Pelajar yang memilih menjawab soalan surat kiriman rasmi dalam peperiksaan peluang untuk hilang markah tinggi sekiranya tidak mahir dengan format tetapi mudah mendapat markah sekiranya pelajar mahir dengan format.
Kebiasaanya surat kiriman rasmi dihantar bagi urusan rasmi dalam pelbagai bidang. Tidak kira siapa anda, sebenarnya semua orang perlu ambil tahu dan cakna tentang cara penulisan dan format surat rasmi yang tepat.
Contohnya, jika di sekolah murid-murid akan di ajar penulisan format surat rasmi kerana ianya merupakan salah satu item di dalam topik pembelajaran mereka. Maka ini bermakna guru dan murid sama-sama perlu tahu dan cakna tentang penulisan format surat rasmi yang tepat.
Begitu juga dengan ibubapa, katakan suatu hari anda mempunyai urusan keluarga dan anak anda tidak dapat hadir ke sekolah. Maka anda perlu menulis surat rasmi kepada guru menyatakan ketidakhadiran anak anda ke sekolah kerana sebab tertentu bukannya ponteng.
Selain itu, di dalam urusan pekerjaan pastinya akan melibatkan banyak penulisan surat rasmi. Maka benarlah bahawa penulisan surat rasmi ini sangat penting. Oleh sebab itu semua orang wajib untuk mengetahui cara penulisan atau format surat rasmi yang tepat.
Tujuan Surat di Tulis
Menulis surat kiriman rasmi mempunyai tujuan yang tertentu. Tujuan haruslah rasmi dan formal. Di bawah merupakan tujuan-tujuan surat rasmi :
Permohonan – contoh : memohon kerja atau bantuan
Surat Aduan atau Bantahan – contoh : aduan kerosakan dewan
Surat Pesanan – contoh: Pesanan buku perpustakaan sekolah
Surat Rayuan – contoh: Rayuan perpindahan
Surat Jemputan – contoh: Jemputan menghadiri mesyuarat
Surat Makluman – contoh : Makluman tidak hadir ke sekolah
Teknik Penulisan Surat Yang Ringkas & Padat
Dalam menulis surat kiriman rasmi perlu mengikut format yang tepat dan betul.
Gunakan ejaan dan tanda baca dengan betul. Contohnya penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Surat kiriman rasmi tidak perlu untuk menulis ayat yang panjang.
Elakkan bahasa kiasan dan ungkapan peribahasa.
Gambaran Format Surat Rasmi Melalui Ilustrasi
Pembaca boleh rujuk gambar di bawah bagi menerangkan mengenai format surat kiriman rasmi.
Contoh Surat Kiriman RasmiGambar di atas menerangkan secara lengkap format surat kiriman rasmi. Setiap format perlu diikut dengan betul dan tepat.Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Berhenti KerjaSumber: sistemguruonline.my, bmblogr.blogspot.com
Surat rayuan biasanya digunakan untuk membuat permohonan buat kali kedua. Selalunya rayuan dilakukan setelah mendapat penolakan dari pihak tertentu. Terdapat beberapa jenis surat rayuan yang kerap digunakan untuk membuat permohanan seperti rayuan memohon kursus, rayuan memohon program, rayuan memohon biasiswa, rayuan memohon pekerjaan, rayuan pertukaran guru, rayuan mengurangkan bayaran dan banyak lagi. Oleh itu beberapa contoh surat rayuan telah kami sediakan di bawah sebagai panduan. Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Permohonan Kerja Tips dalam menulis surat rayuan: Tulis menggunakan format surat kiriman rasmi. Direct to the point , jangan berbunga-bunga Nyatakan bukti kukuh Sertakan dokumen sokongan yang boleh membantu rayuan. Contoh Surat Rayuan 1 Contoh surat pertama ini adalah berkenaan rayuan permohonan tawaran program pengajian siswazah. Contoh Surat Rayuan 2 Contoh surat kedua pula adalah berkenaan rayuan bagi kemasukan ke MRSM Contoh Surat ...
Contoh Surat Pemberitahuan Kegiatan Gotong Royong | kali ini dikongsikan cara buat surat jemputan penduduk untuk bergotong royong. Dengan adanya surat seperti ini dapat menunjukkan bukti komitmen pihak berwajib untuk melakukan kerja-kerja kebaikan atau bergotong royong bersama penduduk setempat. Contoh Surat Pemberitahuan Kegiatan Gotong Royong Anda boleh menyemak dan menjadikan surat ini sebagai contoh serta rujukkan. Yang penting didalam surat ini perlulah anda tajuk, tarikh keluar surat dan diperintah oleh siapa, yang teramat penting di dalam surat ini perlulah anda Tarikh, Hari, Masa, dan Tempoh sewaktu bergotong royong dijalankan. Semoga bermanfaat kepada anda semua.
Contoh Surat Berhenti Kerja atau Resign Paling Ringkas dan Mudah | Langit tidak selalu cerah adakala mendung, begitu juga dalam perkerjaan. Ada sebab tertentu anda perlu berhenti kerja dan kali ini admin kongsikan cara buat surat berhenti kerja mat saleh cakap Resignation Later. Admin akan kongsikan beberapa contoh surat berhenti kerja yang anda boleh tiru format atau buat rujukan. Perkongsian contoh surat rasmi notis berhenti kerja (resignation letter) adalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris yang merangkumi notis perletakan jawatan samada 24 jam ataupun sebulan dan sebagainya. Bergantung pada situasi anda. Contoh Surat Berhenti Kerja atau Resign Paling Ringkas dan Mudah Dibawah ini ada beberapa contoh untuk rujukan anda, semoga bermanfaat dan membantu. Contoh Pertama NEELOFA BINTI PA F-1-23, PANGSAPURI PUTRA, 43300, SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL IHSAN JUAL UBAT KETIAK SDN BHD, LOT PLO 88, JLN MENTARI HILANG, 57000, SUNGAI BESI KUAL...
Comments
Post a Comment