Surat Tidak Hadir Ke Sekolah : Panduan Format dan Penulisan

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Sebagai ibu-bapa pastinya kita mengambil berat tentang rekod anak di sekolah. Memang lumrah sebagai pelajar sekolah selalu saja ada masalah di saat-saat akhir. Kadang kala cuti sekolah tanpa sebab dan mengejut dengan sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bermacam-macam alasan yang diberi dari pelajar kepada guru seperti alasan kemalangan jalan raya, saudara terdekat meninggal, urusan keluarga ibu-bapa, demam teruk atau alasan paling kerapa adalah sakit perut. Disebabkan perkara ini pelajar atau ibu-bapa perlu memberikan bukti dan alasan yang kukuh kepada guru sekolah melalui surat tidak hadir ke sekolah.


surat tidak hadir ke sekolah


Surat tidak hadir ke sekolah ini sangat penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah pelajar baik dan tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah. Ini adalah artikel terbaru tentang contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah tahun ini. Semoga menjadi panduan terbaik untuk menghasilkan surat rasmi tidak hadir ke sekolah. Berikut disertakan contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas alasan lain yang kukuh atau munasabah.

Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Permohonan Kerja

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah 1

Muhammad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-15 ,Taman Pulau Indah,
10358 Kangar
Perlis Indera Kayangan
___________________________________________
Guru Kelas 5 Cempaka
Sek. Keb. Tanjong Jejawi
Jalan Raja Putra,
10560, Ulu Pauh
Perlis Indera Kayangan                                                        28/03/2016

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara diatas, saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 26/03/2016.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam berpanjangan yang bermula 25/03/2016 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 25/03/2016berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,


--------------------------
(Ahmad Bin Latif)

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah 2

Khasidah bt. Mokhtar,
471, Batu 5 ½,
Jalan Gombak,
53100 KL.
_____________________________________________________

Kepada,

Guru Tingkatan 3 Zuhrah,
SMK Setapak Indah,
Jalan 2/6, Setapak Indah,
53100 Kuala Lumpur.                                                             16 Julai 2016

Puan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Saya, penama seperti di atas ialah ibu kepada Muhammad Izzat Amir b. Mahmud, pelajar Tingkatan 3 Zuhrah. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah tidak hadir ke sekolah pada 16 Julai 2016.

2. Hal ini adalah disebabkan dia mengalami gangguan pernafasan, susulan penyakit asma yang dialami sejak kecil. Ketidakhadirannya sebelum ini selama dua hari berturut-turut juga disebabkan masalah yang sama.

Saya harap Cikgu memahami masalah anak saya. Saya juga berharap anak saya tidak ketinggalan dalampelajaran berikutan ketidakhadirannya. Kerjasama Cikgu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(KHASIDAH BT. MOKHTAR)

Semoga Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah ini bermanfaat buat semua. Ingat jangan ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah.

Klik Di Sini Untuk Contoh Surat Rayuan

Sumber: panduanmalaysia.com, servissulam.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Rayuan Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Jemputan Penceramah