Contoh Surat Rayuan Pergi Haji Mudah dan Ringkas

Kita yang beragama islam sudah pasti mahu dan ingin pergi Haji, menunaikan ibadah haji adalah rukun islam ke lima. Bagi yang tidak berapa senang atau kaya sudah pasti akan menabung di Tabung Haji. Bila simpanan cukup matang tidak semestinya nama anda akan naik giliran untuk pergi haji tahun ini atau tahun berikutnya. Haji ada kuotanya setiap tahun. Kali ini admin ingin kongsikan CONTOH SURAT RAYUAN PERGI HAJI



Kenapa anda perlu dan harus membuat surat rayuan pergi haji? kerana ada yang dapat tawaran haji tetapi meraka terpaksa menolak tawaran itu, contohnya : -

1. Uzur di waktu panggilan haji dari Tabung Haji
2. Ada masalah peribadi atau tidak dapat dielakkan.
3. dan lain-lain sebab yan munasabah

Ini Contoh Surat Rayuan Pergi Haji Mudah Ringkas 

contoh 1



Fikirkan alasan yang munasabah dan jangan MENIPU alasan.
Kita nak pergi buat benda baikkan?Jadi x baik pula kita mulakan journey kita dengan tabiat yang tak baik.Sebab ada je yang mereka-reka alasan.
Saya tak de alasan yang kukuh.Jadi saya taip je saya nak pergi awal sementara sihat dan muda.Kawan-kawan pun boleh taip macamtu kalau rasa takde alasan lain dah.
Antara alasan-alasan lain (boleh masuk sekali jika berkaitan) :
✅Ikut suami / ayah / abang@adik lelaki
Dalam kes ni,suami/ayah/abang@adik lelaki telah mendapat tawaran haji.Jadi jika kita ni isteri/anak perempuan/adik beradik perempuan,kita cakaplah yang kita nak ikut mahram kita untuk pergi haji.Kita tak de mahram lain yang lebih sesuai.
‼️Untuk pergi haji,wanita WAJIB pergi bersama mahramnya iaitu samada suami/ayah/abang@adik lelaki.
✅Ingin menjaga Ibu/ayah ada masalah kesihatan.
Jika ibuayah sudah pun dapat tawaran haji dan mereka ada masalah kesihatan,korang tulislah nak ikut sekali sebab nak jaga ibuayah yang ada masalah kesihatan.
✅Sudah pergi kursus haji.
Andaikata sebelum ini korang pernah pergi kursus haji,sertakan sekali dalam tu.Jadi nampaklah effort yang korang bersungguh-sungguh nak pergi haji.Macam saya,tak sempat pun nak pergi kursus haji.Tu yang tak letak dalam surat.
✅Ingin mengandung tahun berikutnya.
Ada juga saya baca orang buat alasan ni.Logik jugakan?Cakapla anak-anak pun dah boleh berdikari dan korang merancang untuk mengandung pada tahun berikutnya.Jadi tahun 2018 memang nak sangat untuk pergi haji.
✅Ada plan lain pada tahun-tahun berikutnya.
Contohnya korang plan nak sambung belajar ke,jadi apply nak pergi haji segera supaya urusan belajar korang nanti tak tergendala.
Ini antara cadangan alasan sahaja.Boleh tambah alasan lain jika mahu.

PENUTUP
Jika ini surat rayuan suami isteri,bahagian tandatangan bawah sekali suami dan isteri tandangan sekali ya.
Contoh 2
Surat Rayuan suami sebagai mahram (isteri telah dapat tawaran).

Gambar: Hafizul Hakim
Gambar: Hafizul Hakim

ii) Surat Rayuan suami isteri belum dapat surat tawaran. Anak-anak juga boleh menaip ikut format ini untuk ibu bapa mereka.

Gambar: Hafizul Hakim
Gambar: Hafizul Hakim

3. Surat saya simple je. Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat:
Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat:
a. Nombor Daftar Haji.
Ada ditulis pada surat daftar haji. Kalau tak ingat, anda boleh hubungi Tabung Haji +603-62071919 atau emailkan ke th-info@lth.gov.my. Beritahu nak nombor daftar haji.
b. Kalau belum daftar haji, sila daftar dulu sama ada di Tabung Haji atau melalui perkongsian saya lepas. Baca sini: https://www.facebook.com/590569571/posts/10159137584894572?sfns=mo
c. Yang ada KWSP attach sekali salinan penyata terkini akaun. Mengapa info ini diperlukan? Klik https://www.facebook.com/590569571/posts/10159206886629572?sfns=mo
4. Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas.
5. Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita.
Kelulusan rayuan bergantung kepada kekosongan dan merit
Ada individu yang menerima tawaran untuk mengerjakan haji memohon untuk penangguhan ke tahun lain atas sebab tertentu. Tabung Haji akan membuka ruang kepada jemaah lain untuk merayu sebaik sahaja jumlah kekosongan dimuktamadkan. Kira-kira 73,000 jemaah mengemukakan rayuan setiap tahun. Perlu difahami, rayuan dibuka kerana ada kekosongan dan bukannya disebabkan oleh pertambahan kuota.
Tabung Haji akan mempertimbangkan setiap rayuan berdasarkan merit. Keutamaan diberi kepada mahram seperti suami, anak atau bapa yang perlu menemani wanita yang tiba gilirannya untuk menunaikan haji. Merit yang lebih tinggi diberikan kepada mahram wanita berusia 45 tahun ke bawah. Ini adalah kerana peraturan kerajaan Arab Saudi yang berkuat kuasa mulai 2013 me­netapkan wanita dalam kategori umur tersebut mesti ditemani mahram semasa mengerjakan haji atau umrah di Mekah.
Mahram yang belum pernah mengerjakan haji akan diberi keutamaan. Anak lelaki pula mesti berumur 15 tahun ke atas. Individu yang lanjut usia iaitu berumur 75 tahun ke atas juga mempunyai merit yang lebih tinggi. Pada masa ini, sebanyak 24,000 orang dalam kategori umur tersebut sedang menunggu giliran.
Admin doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Rayuan Yang Mudah dan Ringkas

Contoh Surat Jemputan Penceramah